SATU MALAYSIA

SATU MALAYSIA

Rabu, 29 Julai 2009

Tanda-tanda kekurangan nutrien

Nitrogen (N)
Tanda-tanda: Daun berwarna kuning @ perang pada daun tua atau daun muda (pucuk)
Kesan : Pembesaran pokok akan terbantut dan daun akan menjadi semakin kecil

Fosforus (P)
Tanda-tanda : Warna daun bertukar daripada warna hijau tua kepada merah @ unggu. Warna kelihatan pada bahagian belakang daun. Adanya tanda terbakar pada bahagian tepi daun.
Kesan : Keseluruhan tanaman akan terbantut

Kalium (K)
Tanda-tanda : Adanya kesan terbakar pada hujung dan tepi daun
Kesan : Akan menyebabkan pembesaran pokok menjadi tidak seimbang

Kalsium (Ca)
Tanda-tanda : Daun muda dan pucuk daun akan berkedut dan ada tanda terbakar pada bahagian tepi daun.
Kesan : Pembesaran pokok akan terbantut

Magnesium (Mg)
Tanda-tanda : Berlaku perubahan warna hijau pada urat-urat daun dan daun akan melentik ke atas
Kesan : Pembesaran pokok akan terbantut

Mangan (Mn)
Tanda-tanda : Berlaku perubahan warna hijau pada urat daun dan adanya bintik-bintik hitam pada daun.
Kesan : Pembesaran pokok akan terbantut

Sulfur (S)
Tanda-tanda : Daun menjadi warna oren kekuningan
Kesan : Penbesaran pokok akan terbantut

Zink (Zn)
Tanda-tanda : Wujudnya kesan terbakar pada daun, daun menjadi kecil dan tirus memanjang. Bintik-bintik putih kelihatan diantara urat-urat daun
Kesan : Pembesaran pokok akan terbantut

Ferum (Fe)
Tanda-tanda : Seluruh bahagian daun menjadi warna kuning keputihan. Warna hijau pada urat daun akan hilang
Kesan : Pembesaran pokok akan terbantut

Boron (B)
Tanda-tanda : Daun berkedut dan menjadi rapuh pada daun muda dan mata tunas
Kesan : Pembesaran pokok akan terbantut

Kuprum (Cu)
Tanda-tanda : Daun gugur dan adanya kesan terbakar pada daun. Sering berlaku pada tanah gambut
Kesan : Pembesaran pokok akan terbantut

Molibdenum (Mo)
Tanda-tanda : Daun menjadi kuning dan seakan terbakar
Kesan : Mata tunas akan mati. Daun baru yang muncul akan cacat

Klorin (Cl)
Tanda-tanda : Tanaman akan menjadi layu. daun akan bertukar menjadi warna gangsa
Kesan : Pembesaran pokok akan terbantut dan mati

Bukan Mudah Seperti yang dikata

Memulakan projek fertigasi bukannya mudah seperti yang kita dengar dan lihat. Melakukannya sendiri dengan kos yang terhad memerlukan tenaga dan masa bagi memastikan keberkesanannya.
Memang tidak dapat dinafikan semangat kita untuk mencuba sesuatu begitu berkobar-kobar apabila melihat kejayaan orang lain tetapi kita tidak sedarpun betapa jerih payah merika menjadikan sesuatu itu berjaya. Ketika saya menghadiri kursus, semangat saya begitu membara dengan kiraan keuntungan yang bakal diperolehi tetapi apabila memikirkan kos permulaan yang tinggi, penjagaan yang teliti semangat itu kian mengecil.
Karenah beberapa pihak terutama agensi pembiayaan juga menipiskan kobaran semangat untuk mengikuti jejak rakan-rakan yang sudah berjaya....rehat dulu nanti sambung...

Selasa, 28 Julai 2009

Penyakit keriting Cili dan Penyelasaiannya

Bagi pengusaha cili, sama ada cili padi ataupun cili besar biasanya tidak akan terlepas daripada menghadapi masalah pokok cili yang kerinting. Serangan cili kerinting ini berlaku pada bahagian pucuk daun dan kemudiannya ia akan menyebabkan daun menjadi kerinting dan mula merekot. Seterusnya, tumbesaran pokok cili mula terbantut, serta bunga dan buah mula berkurangan. Setelah beberapa lama mengkaji dan mencari maklumat, terdapat beberapa penyebab yang menjadikan pokok cili menjadi kerinting.

1.BENA PUTIH
: Bena putih atau dikenali juga sebagai kutu daun(aphid) adalah musuh utama tumbuhan berbatang lembut seperti pokok cili. Serangga ini membiak dengan begitu cepat sekali kerana pembiakannya menggunakan kaedah parthenogenesis , iaitu dengan penklonan bena betina. Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100 anak bena. Anak-anak bena ini akan matang dam boleh membiak dalam masa 7-10 hari. Ia hidup dengan menghisap cairan dari batang tumbuhan dan daun. Biasanya kutu daun ini akan berada dalam koloni dan berkumpul ditempat yang selalunya terlepas dari pandangan kita seperti belakang daun dan dicelah-celah ranting.

Bena putih ini boleh dihapuskan dengan menggunakan racun serangga seperti PEGASUS.




Kutu Terip








Hamama






2. HAMAMA & KUTU TERIP : Hamama ini juga antara penyebab kerinting. Selain itu, pokok juga akan mengalami kerekot, kerinting, mengecil dan pokok akan terbantut. Daun yang merekot ke bawah akan bertukar warna menjadi perak dan luruh. Waktu yg paling digemari oleh makhluk nie ialah masa cuaca panas.

Hamama ini boleh dihapuskan dengan menggunakan racun serangga seperti MITEC.

3. KERINTING BERBATIK : Masalah ini bukan disebabkan serangan serangga tetapi disebabkan zat yang tidak mencukupi bagi tumbuhan. Masalahh ini biasanya berlaku ketika pokok mula menghasilkan bunga dan berbuah. Ketika ini pucuk daun baru mula kelihatan merekot dan berkerinting. Seterusnya jika dibiarkan daun pokok akan terus mengecut dan kelihatan berbatik-batik. Jika tidak dirawat dengan segera, tumbesaran pokok akan terbantut dan yang lebih malang lagi pokok mungkin tidak dapat disembuhkan dan terpaksa dibuang.

Masalah kerinting ini boleh dirawat dengan menggunakan sejenis cecair foliar yang direka khusus untuk mengatasi masalah ini yang dinamakan Formula C. Cara tindakan formula ini ialah ia akan menyebabkan daun yang berkerot dan kerinting akan terbuka semula. Seterusnya, daun tersebut akan kembali normal. Walau bagaimanapun, daun tersebut tetap akan berwarna berbatik meskipun ia telah terbuka normal. Walaupun begitu, pucuk daun seterusnya tidak akan mengalami masalah ini dan ia akan normal seperti biasa.


harga item fertigasi

Bil.

Item

Kuantiti

Harga/Unit

Jumlah

1

Baja A B 4 set (100l)

4 set (100L)

160.00

640.00

2

Peat Moss

10 kg

2.50

25.00

3

Penggalak Buah

3.00

4

Benih Cili Kulai F568 hybrid

1 peket

30.00

30.00

5

Nipple/start joiner (one way)

1000

0.10

100.00

6

Dripper bengkok

1000

0.15

150.00

7

Poly pipe 16mm (Paip Dalaman dan Paip Keliling) @1072'

1 gelung

110.00

110.00

8

Microtube 75m

10 gelung

23.00

230.00

9

Penebuk lubang Efektif

1

8.50

8.50

10

Clamp Saddle 32mm cw OT Valve (Male)

10

7.00

70.00

11

Ball Valve Female Treaded 32mm

3

7.00

21.00

12

Poly Elbow 16mm (EE)

2

0.50

1.00

13

Poly Tee 16mm (ET)

8

0.50

4.00

14

Poly End Cap 32mm (EC)

2

2.50

5.00

15

Poly Equal Elbow 32mm (EE)

2

4.50

9.00

16

Poly Equal Tee 32mm (ET)

2

6.00

12.00

17

Poly Female Treaded Adaptor 32mm (FTA)

4

2.80

11.20

18

Poly Male Treaded Adaptor 32mm (MTA)

8

2.50

20.00

19

PVC Tank Connector 1"

2

3.00

6.00

20

Disc Filter 32mm - (Penapis Air)

1

45.00

45.00

21

pH Meter - Hanna Instruments

1

180.00

180.00

22

Digital Timer

1

40.00

40.00

23

EC Meter - Hanna Instruments

1

250.00

250.00

24

EM effective micro

-

25

TOTAL

1967.00

Isnin, 27 Julai 2009

Blog Berkaitan

www.pcfarmsabah.blogspot.com

Tanaman cili fertigasi

saya dah mulakan tanaman cili fertigasi diy set 20. walaupun tidak punya alat yang cukup namun kaedah ini agak berkesan. Terung, cili dan tomato dah dapat dirasai hasilnya.
pembicaraan ttg hasil pertanian