SATU MALAYSIA

SATU MALAYSIA

Ahad, 27 Disember 2009

MEMBEKALKAN BENIH SEMERAH

bagi yang berminat mendapatkan benih semerah MARDI boleh dapatkan daripada saya. Hubungi saya (BERGANTUNG KEPADA STOK)jom kita bertani.....

Ahad, 1 November 2009

Usahawan Fertigasi

Harrani Dayat, 32, yang mengusahakan sayuran-sayuran bernilai tinggi seperti tomato, terung dan cili di ladangnya di Kota Tinggi dan Batu Pahat, mengakui amalan pertanian baik turut meningkatkan produktiviti sekali gus mampu memberi pulangan lumayan. Beliau yang sudah menceburi bidang pertanian sejak sembilan tahun lalu, kini mengusahakan sayur-sayuran mempunyai permintaan tinggi di pasaran tempatan itu di ladang seluas dua hektar di Kota Tinggi dan 0.8 hektar di Batu Pahat. Harrani mampu menanam 10,000 pokok tomato dalam satu hektar tanah dengan setiap pokok boleh mengeluarkan hasil empat hingga lapan kilogram. Bagi terung pula, beliau dapat menanam 3,500 pokok dalam satu hektar tanah dengan setiap pokok mengeluarkan hasil sebanyak lapan kilogram manakala 7,000 pokok cili ditanam dalam satu hektar yang boleh mengeluarkan tiga hingga empat kilogram hasil setiap pokok.

Ladang Tomato "Walaupun kita perlu mengeluarkan modal agak besar kerana perlu mengimport benih dari luar negara dan membeli peralatan pertanian moden, hasil dikeluarkan berkualiti tinggi dan memudahkan kita memasarkannya," katanya. Beliau yang menggunakan kaedah sistem pertanian fertigasi iaitu satu sistem nutrien (NPK dan nutrien mikro) bagi pertumbuhan tanaman dilarutkan di dalam air dan dibekalkan kepada tanaman melalui sistem pengairan titis. Katanya, menerusi teknologi fertigasi, petani boleh mengawal dan membekalkan air serta nutrien yang cukup dan seimbang mengikut fasa pertumbuhan pokok. “Kaedah itu juga membolehkan tanaman membesar dengan sihat dan subur serta berupaya mengeluarkan hasil maksimum dan bermutu tinggi,” katanya. Harrani turut merancang menanam sayuran bernilai tinggi seperti capsicum, timun Jepun dan terung Holland kerana permintaan sayuran itu di pasaran tempatan adalah baik.
Last Updated ( Sunday, 20 May 2007 )

Khamis, 22 Oktober 2009

KHAS BUAT KENGKAWAN

Bagi rakan-rakan yang menjadi member blog ini, terima kasih saya ucapkan. Jika ada sebarang komen. Saya sangat hargai. Buat pengunjung yang 'termasuk' ke blog ini secara tidak sengaja semoga maklumat ini boleh dikongsikan bersama. Terima kasih juga kepada bloger-bloger yang saya lawati yang mana memberikan banyak maklumat berguna kepada saya terutam sekali berkaitan dengan pertanian fertigasi ini. TQ

Pengusaha Fertigasi di Sabah Menggalakkan

Pertanian Fertigasi di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru sebenarnya. Malah kalau dibandingkan dengan negara luar yang lebih maju contohnya Eropah dan Jepun, pertanian ini sudah lama dijalankan malah mereka mempunyai banyak teknik yang lebih baru.

Walau bagaimanapun, di Sabah, teknik pertanian ini hanya diketahui dan diceburi ramai mulai penghujung tahun 2008. Malah teknik ini semakin diminati dengan kemasukan beberapa syarikat yang memperkenalkan teknik ini dengan mengadakan kursus-kursus.

Sambutan sangat menggalakan daripada penduduk Sabah. Ini dapat dilihat semasa kursus. Meskipun yuran yang dikenakan boleh dikatakan mahal bagi orang kampung tetapi bilangan yang menghadiri kursus kian bertambah dari hari ke hari.

Pelbagai teknik syarikat untuk menarik minat masyarakat Sabah. Sebagai contohnya, mengadakan ladang 'kontrak' di mana peralatan diperolehi daripada syarikat mereka dan pemasangan, selengaraan dan hasil dibeli semula oleh syarikat.Ini sesuatu yang baik kerana masyarakat yang mengusahakan pertanian ini, tidak perlu pening kepala untuk mencari pasaran. Apa yang perlu bagai mereka ialah mengusahakan tanaman dan memastikan hasil yang diperolehi lumayan.

Namun demikian, harga peralatan ini memang mahal. Daripada dapatan saya, kebanyakan pengusaha yang melakukan pertanian ini adalah mereka yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik. Persoalannya, bagaimana pula dengan petani yang daif, sedangkan untuk membeli beras sahaja tidak cukup? Inikan pula membeli peralatan fertigasi. Ini yang perlu kita fikirkan, apakah langkah yang perlu bagi membantu masyarakat menceburi pertanian ini.

Untuk 500 pokok sahaja sudah memerlukan kos sebanyak RM3000-RM5000. Ini sesuatu jumlah yang besar bagi masyarakat kampung. Oleh itu saya dapat simpulkan bahawa, pertanian ini bukanlah untuk golongan di bawah garis kemiskinan.

Saya rasa, kita boleh membantu masyarakat dari segi maklumat tetapi untuk bantu dari segi kos adalah mustahil. Walau bagaimanapun, kerajaaan masih mampu membantu masyarakt dengan cara pertanian secara kelompok, di mana tanah kerajaan yang terbiar yang rata boleh dimanfaatkan. Bantuan yang diberi dari segi meluaskan kawasan, peralatan dan pemasangan. Hasil yang diperoleh nanti boleh dikongsi dengan nisbah 60:40.Ini dapat menjana ekonomi seterusnya membantu masyarakat menceburi bidang ini yang dianggap paling sesuai dengan iklim dan keperluan masa kini.

Bagi kita yang masih mampu memulakan projek ini walaupun keci-kecilan, kita dapat membantu dari segi dorongan semangat memalui hasil yang kita perolehi. Jika seorang pengusaha kecil-kecilan boleh memulakan di setiap kampung, saya pasti 3-4 tahun yang akan datang Sabah juga bakal menjadi negeri pertanian moden, setanding dengan negeri lain di Semananjung.

Rabu, 21 Oktober 2009

http://www.maybank2u.com.my/

Khamis, 15 Oktober 2009

BENIH SEMERAH SUSAH DIPEROLEHI

Cili semerah yang hangat diperkatakan oleh pengusaha cili padi tidaklah semudah mendapatkan benih. Sudah dua bulan saya cuba mendapatkan benih ini tetapi belum berhasil. Saya sudahpun menghubungi MARDI cawangan sabah tetapi mereka mengatakan stok benih lama baru sampai sebab dari semananjung. Ada juga segelintir yang cuba mengambil kesempatan mengatakan mereka memiliki benih itu tetapi sebenarnya bukan.
Pada pendapat saya, benih ini perlu dibekalkan kepada Jabatan Pertanian dan PELADANG setiap kawasan agar tidak merumitkan petani untuk mendapatkan benih ini.
Daripada tinjauan awal, saya mendapati masih ramai petani yang tidak tahu varieti ini. Merreka masih lagi menanam cili padi burung yang memang sukar untuk diusahakan.
Saya pernah mengusahakan cili burung sebanyak 2000 pokok tetapi gagal disebabkan penyakit (keriting daun) yang menyerang.Diharapkan cili semerah ini lebih rintang terhadap penyakit.OKlah kalau kawan2 ada sebarang ulasan atau komen bolehlah kongsikan bersama.

Selasa, 6 Oktober 2009

Terima Peralatan Fertigasi

Gembira juga bila loan dah dapat tapi hanya separuh yaitu 10000 sahaja. Syukurlah daripada tak dapat langsung kan? ..
Peralatan fertigasi yang ditempah juga dah pun sampai.
Kawasan juga diratakan. Sekarang ini cuma tunggu benih untuk dipindahkan. Mungkin seminggu dua lagi.
Sekaranng juga sibuk dengan persediaan peralatan siraman.Potong microtube, dripper,nipple. Nasib baik kawan-kawan bagi petua untuk memudahkan pemasangan.
Bila saja musim perayaan harga cili naik. Baru-baru ni, saya pergi ke pasar borong. Terkejut juga apabila harga borong cili merah mencecah rm18 per pek.rm6 per kilo. kalau dah runcit boleh mencecah rm10 per kilo.
Rama. juga kawan2 yang bertanyakan maklumat tentang pertanian fertigasi ni? mana yang saya dapat jawab tu..saya jawab yang tak dapat jawab tu maaflah ya. Lagipun saya juga baru dalam bidang ni.
Tapi yang saya nak kongsikan ialah pembelian baja melalui kiriman pos agak susah sebab takut Jabatan Pertanian tahan. Sebab benda ini perlukan permit untuk dibawa masuk ke Sabah.
Oklah nanti sambung lain kali ya.....

Isnin, 14 September 2009

BERITA USAHAWAN

PBUNS latih 1,251 usahawan B-putera Sabah tahun lepas
13th September, 2009

KOTA KINABALU: Rakyat terutama golongan belia perlu berdikari tanpa terlalu mengharapkan peluang pekerjaan sama ada yang ditawarkan oleh kerajaan atau swasta.

“Kita tidak boleh terus mengharapkan majikan menyediakan pekerjaan kerana pada masa ini terlalu ramai orang yang memiliki kelulusan tinggi,” kata Pengurus Pembudayaan dan Latihan Pusat Bimbingan Usahawan Negeri Sabah (PBUNS) Jusli Potoh.

Beliau berkata kerajaan negeri menerusi PBUNS bersedia untuk menggalakkan rakyat menjalankan perniagaan sendiri kerana ia akan dapat membantu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk orang ramai terutama golongan belia.

Tahun lepas, PBUNS berjaya melatih 1,251 usahawan Bumiputera di negeri ini dalam pelbagai bidang perniagaan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 836 peserta adalah usahawan wanita dan selebihnya usahawan lelaki (415 peserta) mengikuti 14 jenis program yang merangkumi kursus penyediaan makanan, perniagaan taska, bengkel kecantikan, jahitan, keusahawanan, simpan kira-kira dan kontraktor. Pada 2007, jumlah peserta lelaki ialah 319 manakala wanita 1,086 orang, katanya.

“Kita akan teruskan program latihan ini untuk kebaikan usahawan Bumiputera. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sebanyak RM3 juta diperuntukkan, dan untuk tahun ini sahaja PBUNS diberi peruntukan RM1.5 juta oleh kerajaan negeri bagi membiayai kursus latihan,” katanya.

Jusli berkata demikian selepas memberi taklimat kursus Bengkel Pertanian berkaitan perniagaan lebah madu, cili padi dan serai kepada 48 peserta kursus di Bilik Serbaguna PBUNS di sini.

Katanya kursus tiga hari itu berakhir semalam yang antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada peserta kursus untuk meningkatkan pengetahuan mengenai kemahiran asas pertanian dan berkongsi maklumat dan teknik menghasilkan produk yang lebih berkualiti tinggi dan pemasaran.

Beliau berkata, sebelum ini PBUNS hanya mendapat peruntukan RM47,000 setahun melalui kerajaan negeri dan selebihnya RM250,000 setiap tahun daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebelum dimansuhkan pada tahun ini.

Jusli berharap kursus anjuran PBUNS itu dapat melahirkan ramai usahawan khususnya di kalangan bumiputera Sabah dalam bidang perniagaan.

Sehubungan itu, Jusli meminta seluruh pejabat daerah di negeri ini supaya memaklumkan kepada PBUNS jika terdapat mana-mana usahawan Bumiputera yang memerlukan latihan mengenai keusahawan.

Katanya, PBUNS sedia turun padang untuk membantu dan membimbing bakal usahawan di kawasan luar bandar atau para graduan yang belum mendapat pekerjaan untuk mempelajari dan menimba ilmu yang pelbagai.

Ahad, 13 September 2009

MULAKAN PROJEK

Syukur

Segala Urusan awal projek berjalan lancar. Pembiayaan Agro Bank sudahpun diluluskan, walaupun hanya 10,000 tetapi ia sudah mencukupi bagi permulaan. Mahu memulakan sesuatu biarlah skalanya berperingkat.

Sekarang ni sibuk pula dengan pembelian peralatan, sewa JCB untuk meratakan kawasan, dan menyemai benih. Tempahan pealatan fertigasi dari Semananjung sudahpun dihantar. Hanya menunggu peralatan tersebut. JCB pun dah diatur dengan syarikat kontraktor tempatan (kawan je, boleh runding).

Silvershine dapatkan saja dari kedai pertanian dan cocopeat saya perolehi dari kilang sabut kelapa Kota Marudu. Baru ambil 34 karung minggu depan tambah lagi. Oleh kerana fertigasi ni masih baru di Kota Marudu ni, bilangan usahawan sabut kelapa pun masih kurang, jadi memang mengambil masa untuk dapat bekalan, sangat laris ketika ini.

Banyak lagi nak buat ni.., tangki takungan air daripada simen nak buat petang ni, dapat jimatkan kos, dapat keluar peluh dan yang paling penting kita gembira dengan hobi.

Ingat MINAT mengatasi PENAT.

Khamis, 10 September 2009

Ahad, 6 September 2009

cili padi semerah MARDI


kelebihan

1. tahan penyakit
2. tempoh memungut hasil lebih panjang
3.lebih lebat
4.masak serentak

Khamis, 3 September 2009

BAJA AB



Copper (Cu) EDTA-unsur mikronutrien untuk baja fertigasi

MAU TAPI TAK USAHA

Satu sikap segelintir masyarakat kita khususnya luar bandar sekarang ini yang saya lihat ialah sikap mau tapi tak usaha. Saya lebih fokuskan kepada isu tanah yang sekarang ini menjadi isu hangat khususnya di Sabah.
Sikap penduduk kampung yang berani mempertahankan hak ke atas sangat baik.Namun demekian ada sebahagian kes di mana penduduk kampung mau memiliki tanah yang cukup luas tetapi dijadikan atau 'diwartakan sebagai hutan simpan sendiri' sehingga keadaannya seperti hutan terbiar yang tidak berpemilik.
Apabila ada syarikat besar yang mapi ada mahu memajukan kawasan tersebut, barulah beria-ia untuk mengusahakannya tetapi itu hanya ketika masa 'panas' apabila sudah 'sejuk' usaha itu dihentikan semula.
Bukan semua begitu tetapi memang ada. Ada yang mahu tanahnya sampai 50 ekar seorang tetapi tidak diusahakan.
oleh itu apa salanya kita yang memiliki tanah ini mula mengusahakannya dari sekarang. Masih belum terlambat untuk sama-sama mencapai wawasan. Kita kadang-kadang melopong besar apabila mendengar kejayaan orang lain. Satu ekar sahaja mampu menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan. Kita yang memiliki tanah 10 ekar kadang-kadang makan ala kadar sahaja. renung-renungkanlah.... kita usaha kerana'pertanian adalah perniagaan'

Rabu, 2 September 2009

BANCUHAN BAJA AB CILI KULAI DAN CILI PADI

CILI MERAH & CILI PADI




UNIT BANCUHAN BAJA (FORMULASI A DAN B




ITEM 100L 200L 300L 400L 500L
SET A (gram) 1 2 3 4 5






KALSIUM NITRAT 10580 21160 31740 42320 52900
IRON CHELETE 190 380 570 760 950






SET B (gram)










KALIUM NITRAT 6600 13200 19800 26400 33000
MONO KALIUM HIDROHEN FOSFAT 2220 4440 6660 8880 11100
MAGNESIUM SULFAT (EDTA) 4030 8060 12090 16120 20150
MANGAN SULFAT (EDTA) 17 34 51 68 85
ASID BORIK (EDTA) 28.5 57 85.5 114 142.5
ZINK SULFAT (EDTA) 14.5 29 43.5 58 72.5
KUPRUM SULFAT (EDTA) 1.9 3.8 5.7 7.6 9.5
NATRIUM MOLIBDAT 1.2 2.4 3.6 4.8 6












AIR SIRAMAN (Liter) 350 700 1050 1400 1750
BAJA AB (+) (Liter) 3.5 7 10.5 14 17.5






Baja AB


Potassium Nitrat

Baja AB


Kalium Nitrat

Khamis, 20 Ogos 2009

Usahawan Fertigasi


MINAT yang mendalam menceburi bidang perniagaan, mendorong Nor Mahiran Yusoff nekad mengambil keputusan meninggalkan kerjayanya sebagai pengurus promosi di sebuah syarikat rakaman di ibu negara.

Bermula dengan syarikat penganjuran konsert berbayar, Nor Mahiran beralih kepada bisnes butik dan pengedar makanan sejuk beku.

Meninjau sektor pertanian yang menyumbang kepada pendapatan negara, Normahiran memilih untuk beralih mengusahakan tanaman cili merah dan cili padi.

Mengusahakan tanaman cili menggunakan konsep fertigasi di tanah seluas 1,500 kaki persegi di Dengkil, Selangor.

Sehingga kini, Normahiran mempunyai lebih 1,000 pokok cili merah jenis 990 dan cili padi Semerah hasil penyelidikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Mendapat khidmat nasihat daripada pengusaha tanaman fertigasi, Pengarah Fahim Agribaze, Abd. Rahim Ariff, yang bertindak sebagai mentor.

Nor Mahiran yang juga Pengurus Pentadbiran Nur Edar Enterprise berkata, beliau memilih cili merah jenis 990 kerana saiznya yang luar biasa sehingga mencecah sembilan inci.

"Walaupun cili jenis 990 bersaiz besar tetapi cepat matang kerana sudah boleh dituai selepas dua bulan setengah dipindahkan dari tapak semaian ke polibeg," katanya semasa ditemui di tapak tanamannya di Sungai Merab, Kajang, Selangor.

Cili jenis 990 ini agak rendah hanya 0.5 meter (m) dengan setiap pokok boleh menghasilkan sehingga lima kilogram cili setiap pokok.

Menggunakan media campuran sekam padi dan sabut manakala campuran baja A + B bagi mendapatkan hasil yang optimum.

Selain cili merah, Nor Mahiran juga menanam 300 batang cili api Semerah yang dibeli dari MARDI.

"Bagi peringkat permulaan saya mengeluarkan modal lebih RM10,000 bagi membeli kelengkapan fertigasi bagi 1,000 anak pokok cili.

"Ini termasuk peralatan fertigasi seperti polibeg, sabut, sekam padi, baja A+B, saluran paip, pam, tanah peat moss dan racun serangga," katanya.

Walaupun tidak sampai setahun mengusahakan tanaman cili secara fertigasi, Nor Mahiran dengan kerjasama Abd. Rahim merancang mengadakan kursus tanaman fertigasi.

Nor Mahiran berkata, beliau merancang mengadakan kursus tanaman fertigasi termasuk cili, tomato, rock melon pada setiap Sabtu dan Ahad.

"Kami akan mengadakan kursus dalam satu kumpulan kecil seramai 12 peserta bagi memudahkan penumpuan.

"Kursus yang diadakan di tapak ini akan memudahkan peserta melakukan latihan secara hands-on," katanya yang telah menyediakan modul untuk panduan tanaman.

Pengalaman yang luas

Nor Mahiran berkata, kursus berkenaan akan dikendalikan oleh Abd. Rahim yang mempunyai pengalaman luas dalam penanaman berkonsep fertigasi.

Beliau juga akan mengajar cara tanaman yang betul bermula dari semaian sehingga kepada penjagaan dan tuaian.

"Kepada mereka yang berminat menjalankan tanaman fertigasi, kami turut menjual segala barang kelengkapan tanaman seperti media sekam padi dan sabut, baja A+B serta benih cili yang telah disemai," katanya.

Mereka yang berminat untuk mengikuti kursus tanaman fertigasi boleh menghubungi Nor Mahiran di 019-212 9029 atau 03-4042 8561.

Rabu, 19 Ogos 2009

Teknik Fertigasi Semakin POPULAR


Walaupun teknik tanaman secara fertigasi telah agak lama diketahui tetapi masih ramai petani yang belum lagi mencubanya dalam skala komersial.
..
Ramai yang mendakwa fertigasi memerlukan kos yang besar dan memerlukan penjagaan yang optimum.
..
Justeru Mega Utusan Malaysia dengan kerjasama Agro Bank dan Mayconsult akan mengadakan Seminar Sehari Usahawan Fertigasi pada 17 Mei ini.
..
Bengkel sehari akan diadakan di Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM).
..
Penceramahnya yang juga Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Mahamud Shahid telah menjalankan penyelidikan mengenai sistem fertigasi iaitu pengeluaran tanaman tanpa tanah yang menggabungkan pengairan dan baja dalam satu sistem.
..
Biasanya sistem fertigasi diletakkan di bawah struktur pelindung tanaman bagi menjamin pengeluaran hasil tinggi dan berkualiti serta menjadi alternatif terhadap sistem konvensional.
..
Biasanya hanya beberapa jenis sayur-sayuran dan buah yang mempunyai nilai pasaran tinggi seperti cili merah, tomato, timun, zukini, terung, melon dan strawberi.
..
Tujuan asal fertigasi adalah untuk mengelakkan tanaman daripada jangkitan penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya bawaan tanah.
..
Walaupun ramai yang mengatakan kaedah fertigasi melibatkan kos yang tinggi tetapi sebenarnya kos permulaan dapat diatasi selepas satu musim selain mengurangkan penggunaan air dan baja.
..
Sementara itu penggunaan tenaga kerja yang minimum dengan penggunaan alat pengatur masa automatik mengurangkan kos.
..
Biasanya selepas satu pusingan, medium akan dirawat racun kulat sebelum digunakan semula pada pusingan akan datang. Sehingga kini sejak fertigasi dimulakan terdapat ramai petani yang menggunakan teknik tersebut dalam tanaman mereka.
..
Fertigasi jika dilakukan dengan teliti dapat menjana pendapatan lumayan kepada petani. Sejak akhir-akhir ini kajian yang dijalankan mendapati halia sesuai ditanam secara fertigasi kerana boleh ditanam di tempat yang sama tanpa risiko dijangkiti dengan penyakit akar.
..
Kini ramai pengusaha fertigasi semakin berjaya seperti Ammar Abdul Aziz dan Harun Ismail yang mengusahakan tanaman cili merah dan cili padi.
..
Walaupun berbeza latar belakang Ammar yang mempunyai ijazah sarjana dalam bidang ekonomi manakala Harun hanya pekerja kampung tetapi matlamat mereka sama untuk membangunkan pertanian.
..
Kini usaha mereka telah mula menampakkan hasil yang memberangsangkan. -utusan

http://www.freelance-writers.net/

Ahad, 16 Ogos 2009

formula baja AB

Component A

  1. Calcium Nitrate (20.06kg)
  2. Fe-EDTE (1058g)

Component B

  1. Kalium Nitrate (11.6kg)
  2. Magnesium Sulphate (10.26kg)
  3. Mono kalium phosphate (5.26kg)
  4. Zinc Sulphate (8.8kg)
  5. Mn Sulphate (122g)
  6. Cu Sulphate (7.8g)
  7. Ammonium Molibdat (7.4g)
  8. Boric acid (34g)

MARDI (Malaysian Research & Development Institute) Formula:

Melon

Component A

  1. Calcium Nitrate (11.3kg)
  2. Fe-EDTA (164g) Magnesium Sulphate (5.64kg)

Component B

  1. Kalium Nitrate (10.1kg)
  2. Magnesium Sulphate (5.64kg)
  3. Mono Kalium Phosphate(1.75kg)
  4. Zn Sulphate (2.2g)
  5. Mn Sulphate (15.4g)
  6. Cu Sulphate (0.78g)
  7. Ammonium Molibdat (0.18g)
  8. Boric acid (30g)

Tomato

Component A

  1. Calcium Nitrate (9.36kg)
  2. Fe-EDTA (164g)

Component B

  1. Kalium Nitrate (8.12kg)
  2. Magnesium sulfat (2.630kg)
  3. Mono Kalium Phosphate(4.962kg)
  4. Zn Sulphate (2.2g)
  5. Mn Sulphate (15.4g)
  6. Cu Sulphate (0.78g)
  7. Ammonium Molibdat (0.18g)
  8. Boric Acid (30g)

Varieti Tomato

Ruang dan Peluang

Terlebih dahulu ku ucapkan jutaan terima kasih di atas lawatan rakan-rakan di blog ini.

Saban hari ku melalui jalan Ke Kota Marudu, saya tertanya-tanya mengapa masih terlalu banyak kawasan tepi jalan yang terbiar yang hanya ditumbuhi lalang dan belukar tinggi. Kalau nak hitung pendek, mungkin masih ada 50 peratus kawasan itu yang belum diterokai.

Saya pernah terbaca bagaimana muda mudi kita tertipu oleh iklan pekerjaan dalam media yang menjanjikan pendapatan lumayan terutama tawaran bekerja di luar negara. Sesiapapun yang ternampak iklan itu pasti goyah hatinya apabila ganjaran yang dijanjikan mencapai RM6000-Rm7000 sebulan dengan hanya bekerja sebagai pemetik buah. Logikkah gaji itu?

Saya juga ada terbaca bagaimana orang kita ditipu di luar negara. Dahulu dijanjikan dengan dengan pekerjaan lain dan gaji lain tetapi apabila sampai ke sana, kerja lain pula dan gaji pun tidak seindah khabar yang di kata.

Yang lagi menyedihkan apabila ada yang jadi mangsa penyeludupan manusia dan masuk ke kancah yang tidak baik.

Saya tertanya-tanya dan kepada siapa nak tahu jawapan. mengapa tanah yang kita ada ini, tidak diusahakan dengan sebaiknya. Di rangka satu program yang menghalang migrasi penduduk kita terutamanya para belia agar diusahakan tanah terbiar ini secara bersepadu.

Kalau rakan-rakan nak ke pitas, cubalah lihat kiri kanan jalan tu, pembaziran sumber sedang berlaku. Kita ada sumber sebenarnya tetapi tidak dieksploitasi dengan terancang. Kalaulah pertanian itu dikatakan sebagai satu perniagaan kenapa, tanah-tanah yang tinggi nilainya itu tidak diusahakan..... sama -sama kita fikirkan.

Khamis, 13 Ogos 2009

Harga runcit sabah

Pusat : KOTA KINABALU, SABAH
Nama VarietiGredUnitHarga
TinggiPurataRendah
AYAM KACUKAN BETINAF.A.QKILOGRAM6.506.005.50
AYAM PROSES (STANDARD)F.A.QKILOGRAM7.707.607.50
BAYAM HIJAUF.A.QKILOGRAM2.302.252.20
BELIMBING BESI (B10)F.A.QKILOGRAM3.002.752.50
BELIMBING BESI B17/MADUF.A.QKILOGRAM3.002.752.50
BETIK EXOTIKA / BETIK SOLOF.A.QKILOGRAM1.501.351.20
CILI HIJAUF.A.QKILOGRAM4.604.554.50
CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK)F.A.QKILOGRAM5.005.005.00
DAUN BAWANGF.A.QKILOGRAM3.503.503.50
DAUN KOBIS/KOBIS PANJANG (TEMPATAN)F.A.QKILOGRAM3.503.503.50
DAUN SUP/SADRI CINA TEMPATAN TANAH TINGGIF.A.QKILOGRAM6.506.256.00
EPAL MERAHSEDANGBIJI.80.75.70
HALIA MUDAF.A.QKILOGRAM4.003.753.50
HALIA TUAF.A.QKILOGRAM5.004.754.50
JAMBU BATUF.A.QKILOGRAM2.502.502.50
KACANG BENDIF.A.QKILOGRAM3.603.453.30
KACANG BUNCISF.A.QKILOGRAM4.304.204.10
KACANG PANJANG HIJAUF.A.QKILOGRAM4.304.204.10
KAILANF.A.QKILOGRAM3.002.952.90
KANGKUNG/KANGKONGF.A.QKILOGRAM2.302.252.20
KETOLA SEGIF.A.QKILOGRAM3.303.303.30
KOBIS BULAT (TANAH TINGGI)F.A.QKILOGRAM3.003.003.00
OREN (SUNKIST)SEDANGBIJI.80.75.70
PISANG BERANGANF.A.QKILOGRAM3.002.752.50
SALAD BULAT TANAH TINGGIF.A.QKILOGRAM5.005.005.00
SALAD TANAH RENDAHF.A.QKILOGRAM5.004.754.50
SAWI HIJAU CERAHF.A.QKILOGRAM2.302.252.20
TELUR AYAMABIJI.27.27.27
TELUR AYAMBBIJI.31.31.30
TELUR AYAMCBIJI.30.29.27
TEMBIKAI NEW DRAGONF.A.QKILOGRAM2.001.901.80
TERUNG PEPARU PANJANG TANAH RENDAHF.A.QKILOGRAM3.002.952.90
TIMUN HIJAU CERAHF.A.QKILOGRAM2.802.702.60
TOMATO TANAH TINGGIF.A.QKILOGRAM3.503.253.00

Peralatan fertigasi mahal

minggu depan Argobank baru nak tengok tapak projek fertigasiku. Tak sabar rasanya nak mulakan projek ini. set 20 pokok yang dah menngeluarkan hasil pula, dah saya tambah 30 pokok yang baru. 20 cili, 4 pokok tomato dan 6 pokok kobis. Saya cuba tanam kobis panas, nak tahu hasilnya. Bagaimanapun di Sabah ni, susah nak dapatkan bekalan alat fertigasi yang murah. Harga tawaran semananjung dijual pada harga yang mahal di sini. contohnya dripper yang harganya cuma 0.15 berharga rm 1 di sini. Alangkah bagusnya kalau harga semananjung sama dengan harga di Sabah.

Isnin, 10 Ogos 2009

benih MARDI

Benih sayur-sayuran
  • Cili Besar - MC 11 & Kulai
  • Cili Padi Semerah
  • Terung panjang MTe 1
  • Terung bulat MTe 2
  • Tomato MT 1
  • Bendi MKBe 1
  • Petola
  • Peria
  • Timun
  • Kacang panjang renek
  • Kacang panjang MKP 5
  • Kacang buncis MKB 1
4) Bahan Tanaman Ladang
  • Jagung Masmadu
  • Keratan keledek Gendut, JaloMas, Telong & VitAto
  • Keratan ubi kayu Sri Pontian, Sri Kanji 1&2
  • Kelapa pandan
5) Produk Kultur Tisu
  • Pisang Mas, Berangan, Tanduk, Nangka

Ahad, 9 Ogos 2009

cara buat baja 100 liter fertigasi cili

Di sini saya nak berkongsi sesuatu dengan rakan fertigasi, iaitu cara menghasilkan baja AB. Menghasilkan Baja AB sendiri mungkin tidak praktikal bagi pengusaha yang menanam dalam kuantiti yang sedikit. Tetapi ia sangat praktikal dan menjimatkan bagi pengusaha yang menanam dalam kuantiti yang banyak.


Kaedah membuat 100 liter baja stok.

  1. Dapatkan bekas dan tandakan pada paras 100 liter.
  2. Letak air bersih separuh daripada bekas tadi.
  3. Tuangkan Set Baja A ke dalam bekas tadi dan kacau sehingga larut.
  4. Tambahkan air bersih sehingga mencapai 100 liter.
  5. Ulangi langkah 1 hingga 4 untuk menghasilkan Baja Set B.
  6. Tandakan pada kedua-dua bekas Set A dan Set B.


Formulasi Baja Fertigasi untuk tanaman cili.



Set A:

  1. Kalsium Nitrat (10,580 gram)
  2. Iron Chelate (190 gram)

Set B:

  1. Kalium Nitrat (6,600 gram)
  2. Mono-kalium hidrogen fosfat (2,220 gram)
  3. Magnesium Sulfat (4,030 gram)
  4. Mangan Sulfat (17 gram)
  5. Asid Borik (28.5 gram)
  6. Zink Sulfat (14.5 gram)
  7. Kuprum Sulfat (1.9 gram)
  8. Natrium Molibdat (1.2 gram)



post signature

link

http://nzkota.blogspot.com/

Selasa, 4 Ogos 2009

Maksimumkan Penggunaan Tanah Terbiar

Rakyat perlu lipat ganda usaha majukan kawasan tanah terbiar

4th August, 2009

BEAUFORT Rakyat negeri ini mesti melipatgandakan usaha untuk memajukan kawasan tanah terbiar dengan kegiatan pertanian atau perladangan untuk bersama-sama menyumbang ke arah menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Presiden Kehormat Pertubuhan Peladang Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata usaha sedemikian merupakan satu kegiatan menguntungkan sambil boleh menjayakan matlamat pembangunan pertanian negara secara mampan dan berkesan.

Langkah itu juga amat perlu dilakukan terutama sekali di dalam keadaan suasana ekonomi global yang tidak menentu sekarang ini,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beaufort di sini kelmarin.

Sambil itu, katanya kerajaan turut menyediakan pelbagai kemudahan dan insentif bagi memajukan sektor pertanian.

Dalam hubungan ini, beliau menyarankan agar langkah proaktif diambil bagi menggalakkan generasi muda berumur 40 tahun ke bawah dilibatkan secara aktif dalam sektor pertanian.

Langkah itu penting memandangkan peranan generasi muda dalam negara adalah amat penting dalam menjayakan pembangunan pertanian negara, katanya.

Selain itu, beliau juga menyambut baik penubuhan Majlis Pembangunan Pertanian di setiap kawasan Parlimen seluruh negara kerana pelantikan wakil PPK dalam majlis berkenaan membolehkan PPK yang dianggotai penternak, peladang dan nelayan terbabit secara langsung dalam penyelarasan projek pertanian di setiap kawasan Parlimen.

Yang turut hadir ialah Presiden Kehormat PPK Beaufort Mohd Nazri Abdullah dan Pengerusi PPK Beaufort Asmuni Jusrin.

Maksimumkan Penggunaan Tanah Terbiar

Isnin, 3 Ogos 2009

mendapatkan pembiayaan

semalam saya dah hantar semua borang permohonan pembiayaan untuk mulakan projek fertigasi pitas. panjang lebar juga pegawai Agro dapatkan maklumat (temuduga). Walau bagaimanapun nampaknya beliau berpuashati dengan kertas kerja yang saya sertakan. Terima kasih kepada bloger-bloger yang memberi panduan kertas kerja secara percuma. Sekarang ni tunggu telefon sahaja dari pegawai. kalau dapat bulan ni bolehlah mulakan projek.

Rabu, 29 Julai 2009

Tanda-tanda kekurangan nutrien

Nitrogen (N)
Tanda-tanda: Daun berwarna kuning @ perang pada daun tua atau daun muda (pucuk)
Kesan : Pembesaran pokok akan terbantut dan daun akan menjadi semakin kecil

Fosforus (P)
Tanda-tanda : Warna daun bertukar daripada warna hijau tua kepada merah @ unggu. Warna kelihatan pada bahagian belakang daun. Adanya tanda terbakar pada bahagian tepi daun.
Kesan : Keseluruhan tanaman akan terbantut

Kalium (K)
Tanda-tanda : Adanya kesan terbakar pada hujung dan tepi daun
Kesan : Akan menyebabkan pembesaran pokok menjadi tidak seimbang

Kalsium (Ca)
Tanda-tanda : Daun muda dan pucuk daun akan berkedut dan ada tanda terbakar pada bahagian tepi daun.
Kesan : Pembesaran pokok akan terbantut

Magnesium (Mg)
Tanda-tanda : Berlaku perubahan warna hijau pada urat-urat daun dan daun akan melentik ke atas
Kesan : Pembesaran pokok akan terbantut

Mangan (Mn)
Tanda-tanda : Berlaku perubahan warna hijau pada urat daun dan adanya bintik-bintik hitam pada daun.
Kesan : Pembesaran pokok akan terbantut

Sulfur (S)
Tanda-tanda : Daun menjadi warna oren kekuningan
Kesan : Penbesaran pokok akan terbantut

Zink (Zn)
Tanda-tanda : Wujudnya kesan terbakar pada daun, daun menjadi kecil dan tirus memanjang. Bintik-bintik putih kelihatan diantara urat-urat daun
Kesan : Pembesaran pokok akan terbantut

Ferum (Fe)
Tanda-tanda : Seluruh bahagian daun menjadi warna kuning keputihan. Warna hijau pada urat daun akan hilang
Kesan : Pembesaran pokok akan terbantut

Boron (B)
Tanda-tanda : Daun berkedut dan menjadi rapuh pada daun muda dan mata tunas
Kesan : Pembesaran pokok akan terbantut

Kuprum (Cu)
Tanda-tanda : Daun gugur dan adanya kesan terbakar pada daun. Sering berlaku pada tanah gambut
Kesan : Pembesaran pokok akan terbantut

Molibdenum (Mo)
Tanda-tanda : Daun menjadi kuning dan seakan terbakar
Kesan : Mata tunas akan mati. Daun baru yang muncul akan cacat

Klorin (Cl)
Tanda-tanda : Tanaman akan menjadi layu. daun akan bertukar menjadi warna gangsa
Kesan : Pembesaran pokok akan terbantut dan mati

Bukan Mudah Seperti yang dikata

Memulakan projek fertigasi bukannya mudah seperti yang kita dengar dan lihat. Melakukannya sendiri dengan kos yang terhad memerlukan tenaga dan masa bagi memastikan keberkesanannya.
Memang tidak dapat dinafikan semangat kita untuk mencuba sesuatu begitu berkobar-kobar apabila melihat kejayaan orang lain tetapi kita tidak sedarpun betapa jerih payah merika menjadikan sesuatu itu berjaya. Ketika saya menghadiri kursus, semangat saya begitu membara dengan kiraan keuntungan yang bakal diperolehi tetapi apabila memikirkan kos permulaan yang tinggi, penjagaan yang teliti semangat itu kian mengecil.
Karenah beberapa pihak terutama agensi pembiayaan juga menipiskan kobaran semangat untuk mengikuti jejak rakan-rakan yang sudah berjaya....rehat dulu nanti sambung...

Selasa, 28 Julai 2009

Penyakit keriting Cili dan Penyelasaiannya

Bagi pengusaha cili, sama ada cili padi ataupun cili besar biasanya tidak akan terlepas daripada menghadapi masalah pokok cili yang kerinting. Serangan cili kerinting ini berlaku pada bahagian pucuk daun dan kemudiannya ia akan menyebabkan daun menjadi kerinting dan mula merekot. Seterusnya, tumbesaran pokok cili mula terbantut, serta bunga dan buah mula berkurangan. Setelah beberapa lama mengkaji dan mencari maklumat, terdapat beberapa penyebab yang menjadikan pokok cili menjadi kerinting.

1.BENA PUTIH
: Bena putih atau dikenali juga sebagai kutu daun(aphid) adalah musuh utama tumbuhan berbatang lembut seperti pokok cili. Serangga ini membiak dengan begitu cepat sekali kerana pembiakannya menggunakan kaedah parthenogenesis , iaitu dengan penklonan bena betina. Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100 anak bena. Anak-anak bena ini akan matang dam boleh membiak dalam masa 7-10 hari. Ia hidup dengan menghisap cairan dari batang tumbuhan dan daun. Biasanya kutu daun ini akan berada dalam koloni dan berkumpul ditempat yang selalunya terlepas dari pandangan kita seperti belakang daun dan dicelah-celah ranting.

Bena putih ini boleh dihapuskan dengan menggunakan racun serangga seperti PEGASUS.




Kutu Terip








Hamama






2. HAMAMA & KUTU TERIP : Hamama ini juga antara penyebab kerinting. Selain itu, pokok juga akan mengalami kerekot, kerinting, mengecil dan pokok akan terbantut. Daun yang merekot ke bawah akan bertukar warna menjadi perak dan luruh. Waktu yg paling digemari oleh makhluk nie ialah masa cuaca panas.

Hamama ini boleh dihapuskan dengan menggunakan racun serangga seperti MITEC.

3. KERINTING BERBATIK : Masalah ini bukan disebabkan serangan serangga tetapi disebabkan zat yang tidak mencukupi bagi tumbuhan. Masalahh ini biasanya berlaku ketika pokok mula menghasilkan bunga dan berbuah. Ketika ini pucuk daun baru mula kelihatan merekot dan berkerinting. Seterusnya jika dibiarkan daun pokok akan terus mengecut dan kelihatan berbatik-batik. Jika tidak dirawat dengan segera, tumbesaran pokok akan terbantut dan yang lebih malang lagi pokok mungkin tidak dapat disembuhkan dan terpaksa dibuang.

Masalah kerinting ini boleh dirawat dengan menggunakan sejenis cecair foliar yang direka khusus untuk mengatasi masalah ini yang dinamakan Formula C. Cara tindakan formula ini ialah ia akan menyebabkan daun yang berkerot dan kerinting akan terbuka semula. Seterusnya, daun tersebut akan kembali normal. Walau bagaimanapun, daun tersebut tetap akan berwarna berbatik meskipun ia telah terbuka normal. Walaupun begitu, pucuk daun seterusnya tidak akan mengalami masalah ini dan ia akan normal seperti biasa.


harga item fertigasi

Bil.

Item

Kuantiti

Harga/Unit

Jumlah

1

Baja A B 4 set (100l)

4 set (100L)

160.00

640.00

2

Peat Moss

10 kg

2.50

25.00

3

Penggalak Buah

3.00

4

Benih Cili Kulai F568 hybrid

1 peket

30.00

30.00

5

Nipple/start joiner (one way)

1000

0.10

100.00

6

Dripper bengkok

1000

0.15

150.00

7

Poly pipe 16mm (Paip Dalaman dan Paip Keliling) @1072'

1 gelung

110.00

110.00

8

Microtube 75m

10 gelung

23.00

230.00

9

Penebuk lubang Efektif

1

8.50

8.50

10

Clamp Saddle 32mm cw OT Valve (Male)

10

7.00

70.00

11

Ball Valve Female Treaded 32mm

3

7.00

21.00

12

Poly Elbow 16mm (EE)

2

0.50

1.00

13

Poly Tee 16mm (ET)

8

0.50

4.00

14

Poly End Cap 32mm (EC)

2

2.50

5.00

15

Poly Equal Elbow 32mm (EE)

2

4.50

9.00

16

Poly Equal Tee 32mm (ET)

2

6.00

12.00

17

Poly Female Treaded Adaptor 32mm (FTA)

4

2.80

11.20

18

Poly Male Treaded Adaptor 32mm (MTA)

8

2.50

20.00

19

PVC Tank Connector 1"

2

3.00

6.00

20

Disc Filter 32mm - (Penapis Air)

1

45.00

45.00

21

pH Meter - Hanna Instruments

1

180.00

180.00

22

Digital Timer

1

40.00

40.00

23

EC Meter - Hanna Instruments

1

250.00

250.00

24

EM effective micro

-

25

TOTAL

1967.00