SATU MALAYSIA

SATU MALAYSIA

Selasa, 4 Ogos 2009

Maksimumkan Penggunaan Tanah Terbiar

Rakyat perlu lipat ganda usaha majukan kawasan tanah terbiar

4th August, 2009

BEAUFORT Rakyat negeri ini mesti melipatgandakan usaha untuk memajukan kawasan tanah terbiar dengan kegiatan pertanian atau perladangan untuk bersama-sama menyumbang ke arah menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Presiden Kehormat Pertubuhan Peladang Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata usaha sedemikian merupakan satu kegiatan menguntungkan sambil boleh menjayakan matlamat pembangunan pertanian negara secara mampan dan berkesan.

Langkah itu juga amat perlu dilakukan terutama sekali di dalam keadaan suasana ekonomi global yang tidak menentu sekarang ini,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beaufort di sini kelmarin.

Sambil itu, katanya kerajaan turut menyediakan pelbagai kemudahan dan insentif bagi memajukan sektor pertanian.

Dalam hubungan ini, beliau menyarankan agar langkah proaktif diambil bagi menggalakkan generasi muda berumur 40 tahun ke bawah dilibatkan secara aktif dalam sektor pertanian.

Langkah itu penting memandangkan peranan generasi muda dalam negara adalah amat penting dalam menjayakan pembangunan pertanian negara, katanya.

Selain itu, beliau juga menyambut baik penubuhan Majlis Pembangunan Pertanian di setiap kawasan Parlimen seluruh negara kerana pelantikan wakil PPK dalam majlis berkenaan membolehkan PPK yang dianggotai penternak, peladang dan nelayan terbabit secara langsung dalam penyelarasan projek pertanian di setiap kawasan Parlimen.

Yang turut hadir ialah Presiden Kehormat PPK Beaufort Mohd Nazri Abdullah dan Pengerusi PPK Beaufort Asmuni Jusrin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan