SATU MALAYSIA

SATU MALAYSIA

Ahad, 16 Ogos 2009

Ruang dan Peluang

Terlebih dahulu ku ucapkan jutaan terima kasih di atas lawatan rakan-rakan di blog ini.

Saban hari ku melalui jalan Ke Kota Marudu, saya tertanya-tanya mengapa masih terlalu banyak kawasan tepi jalan yang terbiar yang hanya ditumbuhi lalang dan belukar tinggi. Kalau nak hitung pendek, mungkin masih ada 50 peratus kawasan itu yang belum diterokai.

Saya pernah terbaca bagaimana muda mudi kita tertipu oleh iklan pekerjaan dalam media yang menjanjikan pendapatan lumayan terutama tawaran bekerja di luar negara. Sesiapapun yang ternampak iklan itu pasti goyah hatinya apabila ganjaran yang dijanjikan mencapai RM6000-Rm7000 sebulan dengan hanya bekerja sebagai pemetik buah. Logikkah gaji itu?

Saya juga ada terbaca bagaimana orang kita ditipu di luar negara. Dahulu dijanjikan dengan dengan pekerjaan lain dan gaji lain tetapi apabila sampai ke sana, kerja lain pula dan gaji pun tidak seindah khabar yang di kata.

Yang lagi menyedihkan apabila ada yang jadi mangsa penyeludupan manusia dan masuk ke kancah yang tidak baik.

Saya tertanya-tanya dan kepada siapa nak tahu jawapan. mengapa tanah yang kita ada ini, tidak diusahakan dengan sebaiknya. Di rangka satu program yang menghalang migrasi penduduk kita terutamanya para belia agar diusahakan tanah terbiar ini secara bersepadu.

Kalau rakan-rakan nak ke pitas, cubalah lihat kiri kanan jalan tu, pembaziran sumber sedang berlaku. Kita ada sumber sebenarnya tetapi tidak dieksploitasi dengan terancang. Kalaulah pertanian itu dikatakan sebagai satu perniagaan kenapa, tanah-tanah yang tinggi nilainya itu tidak diusahakan..... sama -sama kita fikirkan.

1 ulasan:

  1. Hi, saya baru sahaja melawati blog anda. Sy tertarik bila saudara ada menyatakan banyak tanah terbiar di sabah yang tidak diusahakan.Saya bersetuju dengan pendapat saudara. Saya baru sahaja berjinak2 dalam penanaman cili secara fertigasi ini. Justeru itu, sy perlukan banyak informasi berkaitan sistem fertigasi ini.

    BalasPadam