SATU MALAYSIA

SATU MALAYSIA

Khamis, 22 Oktober 2009

Pengusaha Fertigasi di Sabah Menggalakkan

Pertanian Fertigasi di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru sebenarnya. Malah kalau dibandingkan dengan negara luar yang lebih maju contohnya Eropah dan Jepun, pertanian ini sudah lama dijalankan malah mereka mempunyai banyak teknik yang lebih baru.

Walau bagaimanapun, di Sabah, teknik pertanian ini hanya diketahui dan diceburi ramai mulai penghujung tahun 2008. Malah teknik ini semakin diminati dengan kemasukan beberapa syarikat yang memperkenalkan teknik ini dengan mengadakan kursus-kursus.

Sambutan sangat menggalakan daripada penduduk Sabah. Ini dapat dilihat semasa kursus. Meskipun yuran yang dikenakan boleh dikatakan mahal bagi orang kampung tetapi bilangan yang menghadiri kursus kian bertambah dari hari ke hari.

Pelbagai teknik syarikat untuk menarik minat masyarakat Sabah. Sebagai contohnya, mengadakan ladang 'kontrak' di mana peralatan diperolehi daripada syarikat mereka dan pemasangan, selengaraan dan hasil dibeli semula oleh syarikat.Ini sesuatu yang baik kerana masyarakat yang mengusahakan pertanian ini, tidak perlu pening kepala untuk mencari pasaran. Apa yang perlu bagai mereka ialah mengusahakan tanaman dan memastikan hasil yang diperolehi lumayan.

Namun demikian, harga peralatan ini memang mahal. Daripada dapatan saya, kebanyakan pengusaha yang melakukan pertanian ini adalah mereka yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik. Persoalannya, bagaimana pula dengan petani yang daif, sedangkan untuk membeli beras sahaja tidak cukup? Inikan pula membeli peralatan fertigasi. Ini yang perlu kita fikirkan, apakah langkah yang perlu bagi membantu masyarakat menceburi pertanian ini.

Untuk 500 pokok sahaja sudah memerlukan kos sebanyak RM3000-RM5000. Ini sesuatu jumlah yang besar bagi masyarakat kampung. Oleh itu saya dapat simpulkan bahawa, pertanian ini bukanlah untuk golongan di bawah garis kemiskinan.

Saya rasa, kita boleh membantu masyarakat dari segi maklumat tetapi untuk bantu dari segi kos adalah mustahil. Walau bagaimanapun, kerajaaan masih mampu membantu masyarakt dengan cara pertanian secara kelompok, di mana tanah kerajaan yang terbiar yang rata boleh dimanfaatkan. Bantuan yang diberi dari segi meluaskan kawasan, peralatan dan pemasangan. Hasil yang diperoleh nanti boleh dikongsi dengan nisbah 60:40.Ini dapat menjana ekonomi seterusnya membantu masyarakat menceburi bidang ini yang dianggap paling sesuai dengan iklim dan keperluan masa kini.

Bagi kita yang masih mampu memulakan projek ini walaupun keci-kecilan, kita dapat membantu dari segi dorongan semangat memalui hasil yang kita perolehi. Jika seorang pengusaha kecil-kecilan boleh memulakan di setiap kampung, saya pasti 3-4 tahun yang akan datang Sabah juga bakal menjadi negeri pertanian moden, setanding dengan negeri lain di Semananjung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan