SATU MALAYSIA

SATU MALAYSIA

Ahad, 1 November 2009

Usahawan Fertigasi

Harrani Dayat, 32, yang mengusahakan sayuran-sayuran bernilai tinggi seperti tomato, terung dan cili di ladangnya di Kota Tinggi dan Batu Pahat, mengakui amalan pertanian baik turut meningkatkan produktiviti sekali gus mampu memberi pulangan lumayan. Beliau yang sudah menceburi bidang pertanian sejak sembilan tahun lalu, kini mengusahakan sayur-sayuran mempunyai permintaan tinggi di pasaran tempatan itu di ladang seluas dua hektar di Kota Tinggi dan 0.8 hektar di Batu Pahat. Harrani mampu menanam 10,000 pokok tomato dalam satu hektar tanah dengan setiap pokok boleh mengeluarkan hasil empat hingga lapan kilogram. Bagi terung pula, beliau dapat menanam 3,500 pokok dalam satu hektar tanah dengan setiap pokok mengeluarkan hasil sebanyak lapan kilogram manakala 7,000 pokok cili ditanam dalam satu hektar yang boleh mengeluarkan tiga hingga empat kilogram hasil setiap pokok.

Ladang Tomato "Walaupun kita perlu mengeluarkan modal agak besar kerana perlu mengimport benih dari luar negara dan membeli peralatan pertanian moden, hasil dikeluarkan berkualiti tinggi dan memudahkan kita memasarkannya," katanya. Beliau yang menggunakan kaedah sistem pertanian fertigasi iaitu satu sistem nutrien (NPK dan nutrien mikro) bagi pertumbuhan tanaman dilarutkan di dalam air dan dibekalkan kepada tanaman melalui sistem pengairan titis. Katanya, menerusi teknologi fertigasi, petani boleh mengawal dan membekalkan air serta nutrien yang cukup dan seimbang mengikut fasa pertumbuhan pokok. “Kaedah itu juga membolehkan tanaman membesar dengan sihat dan subur serta berupaya mengeluarkan hasil maksimum dan bermutu tinggi,” katanya. Harrani turut merancang menanam sayuran bernilai tinggi seperti capsicum, timun Jepun dan terung Holland kerana permintaan sayuran itu di pasaran tempatan adalah baik.
Last Updated ( Sunday, 20 May 2007 )

1 ulasan:

  1. Cikgu, mana info untuk 400pokok tu, ndak kena publish ka?

    BalasPadam