SATU MALAYSIA

SATU MALAYSIA

Khamis, 15 Oktober 2009

BENIH SEMERAH SUSAH DIPEROLEHI

Cili semerah yang hangat diperkatakan oleh pengusaha cili padi tidaklah semudah mendapatkan benih. Sudah dua bulan saya cuba mendapatkan benih ini tetapi belum berhasil. Saya sudahpun menghubungi MARDI cawangan sabah tetapi mereka mengatakan stok benih lama baru sampai sebab dari semananjung. Ada juga segelintir yang cuba mengambil kesempatan mengatakan mereka memiliki benih itu tetapi sebenarnya bukan.
Pada pendapat saya, benih ini perlu dibekalkan kepada Jabatan Pertanian dan PELADANG setiap kawasan agar tidak merumitkan petani untuk mendapatkan benih ini.
Daripada tinjauan awal, saya mendapati masih ramai petani yang tidak tahu varieti ini. Merreka masih lagi menanam cili padi burung yang memang sukar untuk diusahakan.
Saya pernah mengusahakan cili burung sebanyak 2000 pokok tetapi gagal disebabkan penyakit (keriting daun) yang menyerang.Diharapkan cili semerah ini lebih rintang terhadap penyakit.OKlah kalau kawan2 ada sebarang ulasan atau komen bolehlah kongsikan bersama.

3 ulasan:

  1. tuan, rasanya ada dijual di Top fertigasi di putatan tu..

    BalasPadam
  2. Syabas untuk usaha bro..Saya juga baru nak mulakan projek fertigasi ini dan masih mengumpul maklumat tentang kaedah ini..Doakan saya berjaya juga k

    BalasPadam